08 April 2016

Peri Peri Chicken ala Nandos cewah nama taknak kalah



I was trying to figure out macam mana nak tukar gambar dekat sebelah ni. Sedihnya sebab dah tak ingat macam mana nak buat terus rasa nak hempas laptop tapi nasib baiklah saya jenis orang yang cool hehehe. Biasalah proses penuaan kan, habih semua skill dan ingatan ditarik satu persatu T_T


Saya nak minta maaf kepada semua orang yang tinggalkan komen berbentuk pertanyaan sebab saya tak buka blog lama sangaaattt dari bulan 6 tahun lepas. Jadi soalan anda terbiar begitu sahaja dibawa angin. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab saya share resepi dekat blog untuk bahan rujukan saya sendiri sebab dah buat lepastu berjaya kan so nanti boleh buat lagi dengan merujuk blog sendiri wahh very perasan. 



Tetapi dengan tidak semena mena ramai pulak yang suka lepastu jadikan resepi saya sebagai rujukan depa jugak wahh very the perasan one. Thank you semua orang *nangis terharu* Maka dengan ini saya berazam akan sentiasa alert dengan setiap komen berunsur pertanyaan dari anda semua ok cewah.


Sementara saya berusaha untuk cari jalan penyelesaian macam mana nak tukar gambar saya ketika saya berusia 18 tahun itu (please note that I am 23 years old this year), saya nak share resepi ayam best untuk awak cuba mana la tau kot-kot dah boring makan nasi dengan lauk melayu dah kan hey ada ka yang boring dengan lauk melayu ?!




Masakan yang saya cuba ni diberi nama Peri Peri Chicken, The Spicy Portuguese Chicken. Resepi ni saya dapat dari blog beyond kimchee so boleh lah awak klik kalau nak tengok resepi asal dia macam mana ok. Senang sangat nak buat ayam ni sebenarnya. bahan pun tak banyak dan senang sangat nak cari. Macam saya kebetulan semua bahan dah ada dekat rumah jadi senang lah nak buat kan. 


Peri Peri Chicken

Bahan-bahan :

4 sudu besar minyak zaitun atau minyak biasa pun boleh 
4-10 cili padi merah yang pedas tuu
4 ulas bawang putih, 
jus sebiji lemon, lebih kurang 1/4 cup
1  sudu besar paprika
1 bay leaf
1 sudu teh oregano
1 sudu teh garam
1/2 teh pepper
4 ketul ayam bahagian thigh sekali leg alah bahagian apa pun takpa


Cara-cara : 

Blend semua bahan sampai halus dan smooth tekstur dia lepastu gaul dengan ayam. Perap sekurang-kurangnya sejam ataupun semalaman. Macam yang saya buat, saya sediakan semuanya waktu malam, esok tu terus bakar untuk lunch. Awak boleh grill jugak ayam ni kalau taknak bake yelah kan nanti letrik naik kalau pakai oven lelama. 


Saya gandingkan ayam ni dengan butter rice. Tapi awak boleh ja kalau taknak makan dengan nasi, tukarlah kepada apa saja yang awak mahu. Awak  berhak  ke  atas  makanan  yang awak cipta !


Butter Rice 

Bahan-bahan :

3 cawan beras
3 sudu besar mentega
mix vege ikutlah berapa banyak yang awak suka
1 sudu teh garam


Cara-cara :

Basuh beras dan sukat air seperti memasak nasi biasa. Masukkan mentega, mix vege dan garam kedalam periuk nasi. Kemudian masaklah nasi seperti biasa. Saya masukkan mix vege bila nasi dah hampir masak sebab bila awak letak awal sangat nanti dia akan jadi pecah-pecah kan dah tak cantik :(



Haa menarik kannn dah la simple ja bahan nak buat pun tak banyak. Awak boleh ganti nasi dengan salad atau apa ja lah yang awak nak makan. Jagung rebus ka, sauteed vege ka. Selamat mencuba ! :D




*update*

Dah boleh tukar info dekat sidebar wohoo !

6 comments:

Anonymous said...

kak you're backkk! ingat lagi tak saya? Hebatnya pageviews, saya pun tk sampai camtu lagi haha ;-;

nampak mcm ayam kat nando's lah, perfectnya! i wish i could make this too T__T

Faiz Yusoff said...

Patut lah adzeem semakin bambam. bakal wife pandai masak rupanya

Fazleyatul Aini said...

fuyohh hebat ah dah macam nandos woahhh

Serikandi Saadah said...

Ya Tuhaann ampunkan daku sebab taktau resipi ni senang sangat. boleh try nanti. maseh alia comey! :D

SIQAHIQA said...

Menariknya nampak Peri Peri Chicken nie haa! Teringat Nando's. Hihi. Sedapnya la haiii! Seronok tengok orang pandai masak. Hihi. Btw, salam perkenalan Alia :)

Kakzakie Purvit said...

Waaah... terbaiklah ni
Dah tak payah keluar rumah buat sendiri lagi baik:)